


Sebut je pasal '
outstaion' gerenti lah pasal kerja. Ya, baru-baru ini aku telah dikehendaki menyelesaikan satu tugasan di Jakarta , Indonesia. Apa lagi, hati gembira bercampur sedih. Sebabnya kena tinggalkan sebentar Tanah air tercinta ku oh Malaysia. Maka dengan itu berangkatlah aku ke sana.Tak kisah la janji pergi dulu nanti umur panjang pulanglah aku..hehehe...tut..tut..sebulan tinggal di sana aku boleh pulang. Hati gembira bukan kepalang. Rasa macam nak lompat katak jee...hahaha!!!
Alhamdulillah, aku selamat pulang ke tanah air ku. Ala, tak jauh pun setakat 2 jam 30 minit je.Itu kalau naik kapal terbang Air Asia la. Yang lain aku tak tahu la. Okeylah, aku saje je nak coret kenangan-kenangan aku di sini. Bukan apa, untuk tatapan 'family' jika aku tiada lagi. Yang terindah itu hanya sementara. Pinjaman dari-Nya untuk dinikmati hidup ini. Ini gambar-gambar yang aku 'snap' entah ape-ape le...janji ade..hehehe...
Inilah makanan kegemaran aku ketika di sana. Mananya tak asyik makan nasi padang je mana boleh tahan beb! Roti mayonis udang..pehhh..sedap betul! Kalau nak cuba,nanti pergi sana cari je Pizza Hut. Gerenti ada dalam menu mereka. Di Pizza Hut Malaysia tak ada. Memang best lah...rindu la pulak...huhuhu...
 |
Masjid Di Taman Mini Indonesia |
 |
Pusat Beli-belah Tanah Abang Jakarta |
 |
Baru tiba di KLIA 'catch flight' ke KB
Maaflah tak ada gambar yang cantik-cantik sebab tak ada orang nak tolong 'snap' gambar ambe. Next trip will be update....thank you! |